Tabloid Berita Harian?

Tabloid Berita HarianAdakah masih layak dipanggil “akhbar”, jika berita yang dipampangkan besar-besar di muka depannya ialah tentang kematian pemain gusti WWE, Chris Benoit? Berita itu telah mengisi hampir separuh ruang berita halaman depan Berita Harian Singapura semalam (27 Jun 2007).

Tiadakah berita di dunia ini yang lebih mustahak, lebih bermakna dan lebih patut untuk dipaparkan di muka depan?

Pada pendapat saya, satu-satunya pencetakan Melayu di sini yang layak dipanggil “akhbar” sepatutnya mengetengahkan berita yang lebih relevan daripada yang saya sebutkan tadi. Pastinya, wahana maklumat yang ditujukan kepada orang Melayu akan mencerminkan pemikiran orang Melayu. Janganlah sampai satu-satunya akhbar Melayu menjadi hanya suatu komoditi untuk mengaup untung, yang menggunakan berita-berita sensasi lagi cetek untuk menarik pembeli.

4 Comments

  1. saya bersetuju dengan pandangan kau.
    Di sini, hanya ada satu akhbar malayu, jadi tidak ada competition.

    Posted by hanneng on 28 Jun 2007 at 1:41 pm | Permalink
  2. CG Karmin

    wartawan berita harian dapat berita daripada internet. mungkin sejak salah seorang wartawannya di langgar motorsikal ketika bertugas, yang lain takut untuk keluar mencari berita.

    tujuan utama berita harian kini ialah untuk menjual akhbar. kita tahu menjual itu penting tetapi menjual kewibawaan merupakan sesuatu yang sukar ditelan.

    Posted by CG Karmin on 6 Jul 2007 at 11:01 pm | Permalink
  3. Minta maaf jika penguasaan Bahasa Melayu saya agak lemah.

    Tidak salah saya beberapa bulan/tahun lalu, BH sedang mengalami kemerosotan dari segi liputan akhbar di Singapura. Oleh kerana itu, mereka terpaksa menggunakan cerita-cerita “sensationalist” untuk menarik perhatian para pembaca, yang mungkin tidak begitu tertarik dengan isu-isu politik ataupun ekonomi dunia. Kadang-kala pula, terdapat lebih banyak iklan daripada berita di dalam BH.

    Mungkin sebahagian besar daripada Orang Melayu Singapura adalah peminat rahsia Chris Benoit, oleh kerana itu, BH terpaksa memaparkannya di halaman pertama? :D I’m definitely not!

    Posted by Libertas on 15 Jul 2007 at 6:24 pm | Permalink
  4. Ooohhh, mungkin awak juga peminat rahsia Chris Benoit, cuma tak nak bilang je, hehe.

    Atau, *tidakkah awak tahu? Chris Benoit ada darah Melayu!!* HAHAHAHA

    Posted by introspectif on 15 Jul 2007 at 7:42 pm | Permalink

One Trackback

  1. [...] Tabloid Berita Harian? This entry was written by introspectif, posted on 5 Nov 2008 at 8:00 pm, filed under uncategorized and tagged culture, malay, news, singapore, society, tabloid. Bookmark the permalink. Follow any comments here with the RSS feed for this post. Post a comment or leave a trackback: Trackback URL. « Forgiveness is free [...]

    By Mahal kita » They did it, again. on 5 Nov 2008 at 8:00 pm

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*