Baru saja empat hari yang lalu Berita Harian Singapura menerbitkan rencana mengenai kenaikan kadar kelahiran anak luar nikah di kalangan orang Melayu, hari ini terbit pula laporan istimewa (’feature’) mengenai penyanyi hip hop dan R&B, Rihanna.
Baca:
- “Melayu lahir anak luar nikah bertambah” (BH 12 Julai 2007, hal. 1)
- “Strategi membendung perilaku remaja Melayu” (Lidah pengarang BH 12 Julai 2007, hal. 7)
- “Rihanna: Turun naik populariti bergantung [pada] diri sendiri” (BH 16 Julai 2007, hal. 9)
Keghairahan penulis artikel “Rihanna” amat terserlah dan bersahaja. Tukilan:
GAYANYA yang seksi terpapar di klip-klip video yang terpapar di saluran MTV Asia mahupun di layar raksasa di Raffles Place.
Ke mana-mana kita pergi, boleh didengar siulan remaja mengalunkan irama Umbrella ataupun dendangan bersahaja mereka yang ingin meniru nyanyian penyanyi belasan tahun ini.
Rihanna - itulah nama yang ‘melekat’ di bibir para remaja penggemar muzik hip hop.
Baru-baru ini, si seksi yang dimaksudkan betul-betul berada di depan mata saya di Hotel Conrad Centennial.
Wah! Memang seksi!
Sifat keseksian penyanyi tersebut telah diulang-ulang, menunjukkan rasa kagum si penulis terhadapnya (”Wah! Memang seksi!”).
Ini suatu perkembangan yang merisaukan.
Kita sedia maklum bahawa Rihanna termasuk golongan artis yang menyebarkan budaya lucah yang tidak sihat. Golongan artis sebegini banyak memaparkan unsur-unsur seks bukan sahaja dalam persembahan video muzik mereka, malah kadangkala dalam senikata lagu itu sendiri.
Dalam video-video muziknya, paparan Rihanna dalam pakaian dan pergerakan yang menggiurkan sangat berleluasa. Usah disebut tentang pakaian separuh bogel yang mendedahkan alur punggung dan buah dada, adegan-adegan SELURUH bogel pun ada.
Lihat saja video muzik terkininya, “Umbrella”:
(Adegan bogel dari 2:29 hingga 2:50)
Lagi satu lagu yang disebutkan oleh si penulis, “Pon de Replay”, juga sama menggiurkan:
Pokok persoalannya kini,
- Patutkah artis-artis sebegini mendapat sanjungan dan penghormatan yang tinggi dalam akhbar Melayu?
- Patutkah kita galakkan para remaja kita menjadikan artis-artis sebegini sebagai ‘idola’ ataupun contoh?
Sudahlah jelas bahawa unsur-unsur seks dalam hiburan masa kini dapat merosakkan pemikiran para remaja, langsung menjerumuskan mereka kepada perbuatan-perbuatan yang tidak sihat. Namun, hiburan sebegini juga yang dihangat-hangatkan dalam akhbar Melayu.
Lebih dari itu, lidah pengarang 12 Julai juga langsung tiada menyebut tentang peranan media massa (termasuk Berita Harian sendiri) dalam menyebarkan unsur-unsur demikian, malah menyalahkan para ibu bapa dan badan-badan agama bulat-bulat atas berlakunya keterlanjuran remaja.
Dari kaca mata kasar pula, adalah amat mengelirukan apabila penerbitan yang sepatutnya menjadi wadah untuk menggalakkan kebaikan turut sama menyokong unsur-unsur yang merosakkan, misalnya di sini, Berita Harian menerbitkan artikel-artikel ilmu pengetahuan agama di samping membesar-besarkan artis yang mengeksport budaya lucah.
Lagi satu, si penulis merupakan mahasiswi sebuah universiti di sini. Gaya penulisan dalam karangannya (”Wah! Memang seksi!”) itu menunjukkan sudah betapa sebatinya budaya ini dalam jiwa sekelompok golongan berpendidikan tinggi yang bakal menerajui kepimpinan masyarakat.
Kesemua ini sangat membimbangkan dan sangat mengecewakan.
Sudah tiba masanya kita hentikan kekeliruan ini dan pilih baik-baik apa yang kita mahukan untuk masyarakat kita.
Berkaitan: Tabloid Berita Harian?



7 Comments
Kebenaran tidak boleh disembunyikan. Jelas kini kita dihidangkan dengan kekeliruan demi kekeliruan. Apabila ada penyakit sosial, badan agama dan kemasyarakatan jadi sasaran. Wal hal semua tahu, setiap pihak yang berpengaruh harus memainkan peranan yang dinamik dan positif.
Saya berhenti membaca akhbar kerana kesemua berita utamanya boleh saya dapatkan dari media digital. Berita tempatan pula sudah diketahui umum menerusi media elektronik. Berita sukannya pula basi. Bagaimana dengan ruangan-ruangan agama dan keintelektualan? Sukar saya menerimanya kerana di dalam akhbar yang sama, terdapat unsur-unsur negatif seperti yang disiarkan di ‘Mahal Kita’.
Lebih baik saya dapatkan dari sumber yang jelas kewibawaannya.
Terima kasih kerana mengongsi pendapat, Cikgu!
assalamualaikum,
wa ‘alaikum salaam
Isu media yang keliru lihat jaringan ini.
http://www.youtube.com/watch?v=HkYCFf3X03k
Kerjasamaan dari semua pihak walaupun dari bidang yg berbeza menjadi tuntutan dlm soal ini kena ia melibatkan generasi2 kita yg akan dtg.Kemungkinan juga sebahagian saudara muslimin kita kurang jelas tentang concept kegemaran hingga mendahulukan kegemaran dari apa yg dilarang oleh agama kita yg suci.semoga Allah membaikkan keadaan2 kami.
InsyaAllah, Amin