Mencari kemarahan

Saya tidak kisah sekiranya awak mencari kemarahan saya. Ibarat seorang penggali harta, dia belum tahu di mana menghentak cangkulnya baru terdengar nyaring bunyi peti besi yang berisi harta.

Yang paling membingitkan saya ialah apabila saya sudah memberitahu di mana letaknya kemarahan saya, tetapi ada orang yang masih mencari-cari. Ibarat kisah si penggali tadi, saya sudah memberitahu di mana letaknya harta saya, tetapi dia masih mencari di tempat yang sama (yang saya sudah beritahu).

Kemarahan saya itu ibarat harta saya. Saya tidak mahu menunjukkannya kepada sesiapa, dan saya tidak mahu menerangkan kepada sesiapa di mana letaknya, atau bagaimana mencarinya.

Biarlah orang yang mencari itu terjumpa dengannya kali pertama, lalu menjauhi tempat letaknya kemarahan saya. Jika orang yang sudah tahu masih mencangkul-cangkul di tempat yang sama untuk mencari itu benda, maka bersedialah untuk dipekakkan oleh nyaringnya bunyi kemarahan saya.

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*