Tag Archives: melayu

Perjuangan cinta

Aku masih belum rela mengaku tewas, dalam cinta.
Namun, apakah rasa cinta dan kasih sayang itu, jikalau bukan sesuatu yang datang hanya dari Tuhan? Siapakah yang bisa mengatakan “aku mahu cinta” lalu mengharapkannya dari permainan dunia, wang ringgit, dan perasaan dan kepercayaan yang luntur? Apakah cinta suatu permainan, yang berunsur suka-suka? Atau suatu perjudian, yang bergantung [...]

Mencari kemarahan

Saya tidak kisah sekiranya awak mencari kemarahan saya. Ibarat seorang penggali harta, dia belum tahu di mana menghentak cangkulnya baru terdengar nyaring bunyi peti besi yang berisi harta.
Yang paling membingitkan saya ialah apabila saya sudah memberitahu di mana letaknya kemarahan saya, tetapi ada orang yang masih mencari-cari. Ibarat kisah si penggali tadi, saya sudah memberitahu [...]

Pejuang malam

Bingung, berganti resah.
Selang beberapa malam ini, aku berfikir dua kali sebelum masuk tidur. Masih ada yang belum dilaksanakan, masih ada yang belum diluahkan, masih ada yang terbungkam di dada, dan otak kepala. Kalau inilah malam terakhirku, aku benar-benar tidak rela membazirkannya begitu sahaja. Mahu saja aku teruskan perjuanganku sekarang juga, sampai pagi esok.
Namun, aku sudah [...]

Syaitan

tak guna menanti matinya syaitan
yang berbadan tua bermata kuyu
tapi masih memperkosa kehidupan
orang seperti engkau dan aku
tak guna berbicara dengan syaitan
yang kuncunya guam sarban berjambang
dan hakim songsang anjing suruhan
menghina gugurnya darah pejuang
tak guna menanti mampusnya syaitan
kerana itulah yang dijanjikan:
bahawasanya kita ‘kan terus ditekan
oleh syaitan, dan anak syaitan
dan juga cucu, dan cicit syaitan
hingga ke hari pembalasan.

Dalam diri saya ada ihsan, haiwan dan syaitan… ahh!

Sekali lagi, nilai penulisan di Berita Harian (Singapura) membingungkan saya.
Baca: “Insan, haiwan dan syaitan dalam jiwa” oleh Rahmad Sakom (3 November 2007)
Penulis berhemat bahawa perbandingan antara haiwan dan perokok (”perokok serupa haiwan”) yang dicetuskan oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat itu terlalu keras. Penjelasan Datuk Nik Aziz tentang perbandingan demikian adalah bahawa perokok “tidak menggunakan [...]